Monday, June 20, 2016

Ramadhan

Ramadhan kali ini,
Pertama kali bersama TOH.

Rasa pelik, dan aneh.
Tapi kepelikan & keanehan yang indah.
Alhamdulillah.

Dulu,
fikir untuk perut sendiri sahaja (kadang tu, cincai2 je makan apa2 asalkan kenyang).

Sekarang,
Dahulukan perut & tekak TOH.
Rasa bahagia bila TOH gembira.
Tekak sendiri, kita raikan sekali sekala je.
Takleh ngada sangat.
Ha ha.

Kali ini,
Banyak yang perlu difikirin.
Kadang rasa tidak-kecukupan waktu.
Tapi, cuba sedayanya.

Tika ini,
Rasa lebih rajin (sikit je la tapi) nak buat kuih raya.
Cuba resepi itu ini.
Sebab TOH suka itu & ini.
Tapi, biasa TOH jadi bahan eksperimen dahulu la.
Tak mengapa. Itu yang disukai.
Moga Allah redha.

Ramadhan kian berlabuh. Rasa sedih. Rasa masih banyak yang belum kutunaikan.
Rasa perlu berlumba-lumba, dan melakukan pecutan.
Moga Allah bantu.

Ramadhan ini,
Aku ada satu doa.
Eh dua.
Tapi yang terutama, yang satu.
Yang setiap hari aku panjatkan..usai solat, dan sebelum berbuka.
Moga Dia makbulkan.
Sesungguhnya DIA Maha Mendengar & Pemberi Rezeki.

Salam Ramadhan.
Jom lakukan pecutan terakhir.
Aku taknak kalah!

No comments: