Thursday, June 02, 2016

Hujan.

Kusangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis,
Rupanya gerimis..mengundang :D

Hmm.

Emo lagi.
Kenapa ada 2 manusia ni, macam nak jauhkan diri.

Truthfully, aku rindu mereka.
Maka, aku cuba untuk kembali beehubung.
Memang, ada masa terputus hubungan/tersenyap dek kerana dua2 sibuk.

Jadi, aku cuba untuk hubungi mereka kembali...
Tapi, sambutannya agak dingin, dan bagaikan menjauh.
Cuba mengelak.

Hmm.

Apa salah aku?
Aku ada buat mereka kecil hati/tersinggung?
Aku tak tahu.

Dan sekarang, bila aku dilayan sebegini, aku pula terasa & jauh hati.
Haih la.

Take note, aku bukan jenis yang senang untuk menyapa mereka2 yang lain, kalau mereka2 itu tiada tempat dalam hati & sel otak aku.
Maka, bila aku buat begitu..ketahuilah, bahawa mereka punya tempat dalam hati & sudut otak aku.

Tapi...
Balasannya begini.
Ntah.

Mungkin, dari kejauhan..dan aku tak dapat melihat ekspresi muka mereka.
Maka, jika aku bertanya pun...aku masih tak boleh melihat respon mereka secara langsung.
Maka aku,
Tak tahu.

Duka.
Menjauh.

Kan pernah ku katakan, aku tidak pernah punya sesiapa yang digelar sahabat.
Mungkin, aku sendiri yang tak layak untuk jadi sahabat kepada sesiapa.
Iya, mungkin kurangnya dari aku.

Iya, aku tak punya sahabat, dan mungkin status itu akan kekal sampai bila-bila.

.Full stop.

No comments: