Tuesday, March 01, 2016

Percaya.

Aku percaya,
Allah ada cara Dia tersendiri dalam menjawab doa-doa aku.

Dan,
Cara Allah tak pernah silap.
Dan semestinya untuk kebaikan aku.

Itu yang aku percaya.
Tentu,
DIA lebih tahu, dan lebih mengerti.

Kadang-kadang kita meminta itu ini,
Dengan harapan diberi 100% sama dengan apa yang diminta.
Tapi,
Allah Maha Penyayang.
DIA akan bagi, apa yang kita perlu,
Dan untuk kebaikan kita.

Sampai bila,
Aku tidak tahu.

Sekarang,
Aku cuma mahu percaya.
Yang DIA dah aturkan semua yang terbaik.

No comments: