Tuesday, February 09, 2016

Tetiba...

Hidup, macam zig-zag.
Macam ECG.
Ada turun naik, kadang-kadang mendatar.

Tetiba, aku teringat beberapa kisah berkenaan seorang makhluk ni. Dah beberapa bulan lepas pun, tapi sampai sekarang susah nak lupa. Orang kata, kalau masih ingat tu maksudnya belum maafkan. Aku tak setuju. Memaafkan dan melupakan adalah dua benda yang besar jurangnya. Iya, aku dah maafkan. Takda sebab untuk aku simpan dendam atau tak maafkan. Tapi, aku masih belum lupa..dan masih belum mampu untuk melupakan. Kadang-kadang, aku rasa..ada baiknya juga kalau tak lupa..sebab, aku boleh jadi lebih berhati-hati pada masa akan datang. Setiap orang kan, lain. Jadi..dah tentu layanan kita kat setiap orang pun akan berubah. Tapi, be kind to the people who hurts u, not because they deserve it, but because u deserve peace & u are kind. Faham,kah?


1) Satu situasi, ditanya dengan soalan tipikal yang aku tak suka nak jawab. Tanya kali pertama, aku buat-buat tak dengar. Tanya kali kedua, aku jawab pendek, dan tukar topik. Mungkin, masih tak puas hati sebab aku nampak cool je kot (padahal dalam hati....), so ditanya untuk kali ketiga. Haa..memang silap la dia tanya sampai 3x. So, sampai kali ketiga..aku buat ceramah ringkas, padat & padu dah kat situ. Lepas tu, aku siap terus terang je terus, yang aku tak suka soalan berbaur sedemikian. Siap boleh balas cakap lagi, haa..ni orang selalu tak suka ni dengan soalan ni. Dah tu, dah tahu orang selalu tak suka dengan soalan macam tu..kenapa masih tanya kat aku. Ke aku ni alien pada pandangan dia? Serius tak faham dengan orang yang macam ni. Tak tahu apa yang dia nak. Pfffttttt

2) Terserempak dengan orang ni kat satu rumah. Dia tanya, betul ke malam ni nak tidur rumah dia. Soalan tu, sambil pelawa sekali la..depan mak. Manis-manis mulut la kira So aku nak jaga hati dia, cakap ok je la. Kalau ikut hati, memang taknak la. Sebab aku ni cerewet sikit nak tidur rumah orang. Dari segi aurat apa semua, pastu tak bebas, pastu nanti semua benda macam diperhatikan. haaa..panjang alasan. Tapi orang tua-tua kata, ikut hati mati. So aku ikut la kata dia nak tidur rumah dia. So, malam tu datang la rumah dia, Tahu dia cakap apa..Dia cakap, bilik penuh, Tidur dengan A (anak perempuan dia) boleh tak. Whattthhhhe. Satu, aku tak rapat pun dengan A tu. Dua, aku bersuami kottttt. Mungkin, ada orang..ok la..apa ada kisah. No..aku kisah. Maybe orang akan cakap aku fussy,Tapi serius..bukan dia ke yang bermanis muka tadi konon ajak2 aku tidur rumah dia? Pastu bila aku datang, dia boleh cakap..ada berita buruk..bilik takda. Aku buat penyiasatan kecil, dari petang yang aku jumpa dia tu, sampai la ke malam aku datang tu, takda pulak tetamu lain yang baru sampai ke apa. So, apakahhh? Tapi, aku terus tanya balik la..''oh, takde bilik ke?''. Lepas tu, baru dia buat kalut sikit, suruh si A tidur dengan kakak dia (B) kat satu lagi bilik. Si B ni tidur sorang dalam bilik tu, katil queen. I bet, si A ni confirmla lagi selesa tidur dengan kakak dia (B) dari tidur sebelah aku. Thing is, kenapa sebelum2 aku datang tu, tak pulak arrange macam tu? Ke sengaja? Ntah la. Memang rasa masa sampai tu, rasa nak angkat kaki balik je..haihhhh

3) Satu lagi isu..dibanding-bandingkan. Banyak kot pasangan kat dunia ni, yang tak sama kerjaya? Dah tu kenapa nak close minded sangat? Compare dengan anak dia, bakal nikah dengan doktor. Anak dia staffnurse. So, cakap sambil jeling2 kat aku & suami..''senang keja sama-sama bidang ni, dah faham keja masing-masing..lagipun, bukan si B (anak dia) ni yang nak, doktor tu yang nak kat dia..Like??? So, kalau tak sama kerja, tak boleh faham ke? Aku memang purposely dulu tetapkan dalam kriteria yang aku tak nak nanti suami aku kerja sama dengan aku. Sebab nanti aku rasa bosan, plain, cakap benda sama, tak explore benda baru. Dan, alhamdulillah memang rezeki aku, Allah jodohkan dengan yang tak sama kerjaya dengan aku. Thing is, setiap pasangan berbeza. I don't have problem with couples yang sama kerja, they are comfortable in that way. I respect them, you should do the same. Dah kenapa, nak cakap macam tu, tuju kat aku..sambil jeling-jeling? Seriously, I cannot brain this

Well, al of story above is, from the same person. Aku ok, aku maafkan. Tapi aku memang jenis susah melupakan. Apa aku akan buat, untuk jaga hati aku nanti, aku jauhkan diri dari orang-orang toxic seperti ini. Aku takde marah atau tak maafkan ke apa. Cuma, aku ambil langkah berjaga-jaga & lebih berhati-hati bila jumpa orang macam ni.

Selesai ramble.
Toodle-loo

No comments: