Wednesday, February 10, 2016

Suka-suki.




JANUARI

Serius : sampai kadang-kadang orang takut

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik - errr?

Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan - nak nampak hasil, rasa puas

Suka smart, kemas dan teratur - kawan-kawan gelar OCD

Bersifat sensitif , berfikiran mendalamsensitif, ye. Fikir banyak sangat.

Pandai mengambil hati org lain - ni macam tak je. Sebab aku macam batu, kaku. he he

Pendiam kecuali telah dirangsang - ye, memang pendiam. Aku rasa bercakap tu memenatkan mulut. Aku lagi rela reply sms panjang2 dari kena call & cakap.

Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi - haa..kadang pemalu tak kena tempat. Ha ha. Observation skill memang betul tinggi..kadang orang lain tak perasan, aku sekali pandang dah perasan.

Mudah mendisiplinkan diri sendiri - if I want it, I will make it. Gittuuu speaking :p

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema - ini tidak. sebaliknya, kerap diserang migrain. Stress barangkali.

Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya - sadly the truth. Hang ingat orang boleh paham ka kalau tak tunjuk?

Cukup sayang pd kanak-kanak - ni tak kottt. Sebab aku takde perasaan tengok diorang. Plus aku suka aman & senyap. Tak suka bising2 riuh.

Suka duduk rumah - ini sangat betul. Kalau aku cuti pun, keluar sekejap..lepas tu nanti mengelupur nak balik rumah. Sebab rasa rumah is where I can be my true self, kot. 

Setia pada segala-galanya - setia...padamu 

Perlu belajar kemahiran sosial - ha ha. Memang. Sangat socially awkward.

Cukup cemburu yg sangat tinggi - rasa level sederhana je, tak la sangat tinggi. he he

No comments: