Sunday, January 31, 2016

New...year?

Ye, dah dua.kosong.satu.enam

Dah nak masuk Februari pun. Baru terhegeh-hegeh nak tulis.

Reason is..cliche : Januari sangat sibuk. He he.

Alasan sebenar-benarnya adalah : Januari adalah bulan grumpy, nervous, anxious-tak-senang-duduk-segala.

Yep, meeting is in January.
Result is ... 2 weeks after that. Fuh. Penat ja anxious bagai.
Setiap hari refresh page tu kot. Hoho.

Dan, sungguh..aturan Dia paling cantik. Selama ni, punya takut nak tengok result, tapi-gatal-jugak-tangan-nak-refresh&click. Rupanya, Dia tak nak aku tengok sorang-sorang.
Rupanya, Dia aturkan aku tengok result tu masa dengan TOH.
Yep, pagi-pagi sambil makan roti canai..casually refresh..sebab tak expect ada..sebab weekend kan..takkan depa nak update kot. Sekali...hah!! Amik. Memang ada.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
Allah Maha Mendengar rintihan aku. Dan aku tak rasa, hanya dengan rintihan aku,Dia kabulkan ini..tapi, ni semua hanya dengan kasih-sayangNya.
Tapi, ini baru permulaan. Belum tentu lagi..tapi in sha Allah, lebih baik.
Pertengahan bulan Februari, baru akan tahu..
Dan aku takkan berhenti menembak doa.

Terima kasih, ya Allah.
Aku terasa sangat kerdil, sangat hina.
Aku hamba pendosa,
Dan meminta-minta,
Merintih,
Menagih simpatiMu.
Dan Kau,
Yang Maha Agung.

Alhamdulillah,
Wa syukurillah.

AllahuAkbar.

No comments: