Sunday, December 27, 2015

REVIEW : Lost World of Tambun, Perak.

Ok, straight to the point.
Ke Lost World of Tambun (LWOT).




Saja isi masa, dan selepas baca review-review orang.
Untuk tiket, kami beli online..sebab lagi murah. Online RM47+, bila tambah GST, jadi dalam RM50.40. Kalau beli kat kaunter tiket masa hari kejadian, RM 56 for adult. Banyak bezanya,kan?




Tips kalau datang time public holidays, sila la datang awal. Atau anda akan merana nanti nak cari parking & beratur. Ha ha.

Untuk public holidays & weekend, buka jam 10 pagi-6 petang. Untuk weekdays pula, 11 pagi-6 petang. Tutup pada hari Selasa.

Ok, secara kronologinya..kami sampai ke LWOT dalam jam 940 pagi, tapi..punya la ramai dah orang macam PATI nak kena hantar balik. Ha ha. Tapi, masa tu parking masih ada kosong lagi la.

Dan, walaupun dah beli tiket secara online, tetap nak kena tukar kepada tiket dia. So, kena beratur. Tapi, ada kaunter berbeza la. Untuk orang yang baru nak beli tiket, kanter lain. Untuk orang yang beli tiket online, kaunter lain. And kaunter yang online ni tak la sepanjang Q orang yang kaunter biasa. Alhamdulillah. Cuma kena ringan mulut tanya je la. Sebab ramai je pekerja diorang kat situ nak kawal keadaan. So, just tanya. Nanti ada punya beratur lama, rupa-rupa salah kaunter. Kan dah payah.

Lagi satu, diorang ada khidmat untuk eLoad tu. Yang mana nanti dia bagi gelang yang ada nilai berapa yang kita depositkan. So kat dalam nanti senang la tak perlu bawa duit takut basah. Minimum untuk eLoad adalah RM10. Tapi.....takyah nak beratur panjang nak eLoad kat luar tu pun takpe. Lepas dah dapat tiket tu, masuk je dulu. Kat dalam nanti, ada ja kaunter untuk eLoad tu. Lagi cepat & tak berapa nak sesak.

Lepas dah masuk, boleh pilih if nak rent locker untuk sehari. Tak kira berapa kali guna, asalkan masih ada pass dia untuk scan (pass berbentuk gelang jugak). Untuk locker ni ada 3 jenis. Small, medium & large. Aku ambil yang small ja, RM15. Harga locker lain, aku tak ingat dah berapa.

So, lepas dah simpan-simpan barang..kemas-kemas. Oh, dekat dengan tempat locker ni pun ada surau & tandas. So, senang & mudah la.

So, bermula lah pengembaraan (-lah sangat). Ha ha. Kami berkejar ke tempat yang jauh dulu, Adventure Park, Kat sini takde apa pun. Sebab dia more untuk tema building. Ada juga aktiviti yang boleh dilakukan, tapi min 6 pax kena ada. So, kami berdua je. Lupakan je la.

Then, ke Lost World Lupe's Adventure. Untuk budak-budak mungkin adventure la. Dia gaya roller coster, tapi biasa-biasa je la. Tak sempat nak jerit lagi pun, dia dah habis. He he.

Ada Lost World Tin Valley jugak. Ni pun,more to sejarah la. Orang yang minat, ok la suka baca..tapi aku tak berapa minat. So, tak berapa nak membaca.

Ada Tiger Valley. Tengok la ada 2 ekor harimau. He he. Takda apa pun. Cuma kelebihannya sebab harimau tu dapat ditengok face to face gitu. Takda sangkar ke apa.

Ada rumah hantu juga. Tapi, masa lalu kat situ. dia tulis buka jam 1230 tengahari. So, lepas tu dah takde lalu dah kat situ. So, dilupakan la.

Ada Petting Zoo juga. Again, kanak-kanak mungkin happy la kot. Tapi, untuk yang tak berapa nak kanak-kanak ni, aku rasa better g Zoo Melaka.He he.

Then, sampai la ke moment air-air & kebasahan.Lost World Water Park. Ada gelongsor yang panjang tinggi & berliku-liku tu. Tapi, nak naik tu..azab la beratur sebab ramai. Naik sekali, rasa dah cukup la merasa. Satu, sebab nak tunggu lama. Satu lagi, sebab nak bawa naik pelampung tu naik atas tu..mengah jugak la. Ha ha. Garfield sangat.

Yang lain-lain, lebih kepada pantai buatan, and tempat mandi manda biasa la.
Again, sesuai la untuk kanak-kanak ribena.

Oh, masa jalan-jalan tak tahu arah tu..aku jumpa tempat jacuzzi. Suhu 43'C. Memang best la kalau nak destress. Tempat tu kecik ja. Boleh muat dalam 4-5 orang camtu la. Tapi, masa aku g tempat tu, takda orang. So memang best la berendam dalam tu. Tapi, tak disarankan berendam lama-lama sebab suhu tinggi.

Lepas dah tak tahu arah lagi, sebab nak main gelongsor tu ramai sangattttt beratur..so kami ke swing. Yang buaian terhayun di awangan tu. He he. Aku dulu pernah naik yang kat Genting Highlands, so..yang ni aku rasa level bawah sikit dari GH punya.

Hmm..tu je la kot. Pada aku, mungkin aku rasa tempat ni tak sesuai la untuk aku. Atau aku yang tak reti bergembira di tempat macam ni. Kami masuk jam 10 pagi, dan kami keluar dalam jam 2+ petang. Tak berapa lama pun, sebab dah rasa bosan. Ha ha.

Oh, mungkin akan nampak yang signboard suruh pakai swimwear bagai la..tapi, masa aku g tu, takda pula strict. Ramai ja yang ber tshirt & tracksuit, termasuk aku. Mungkin sebab ramai sangat diorang tak mampu nak sekat, atau mungkin memang diorang tak strict. Wallahua'lam la.
And, parking kena bayar RM1/entry. Which is ok la.

Kesimpulannya, aku rasa tempat ni sesuai untuk kanak-kanak & mereka bawah 18 tahun kot. He he.Aku tak berapa enjoy sangat la. Sebab takda banyak benda sangat pun nak dibuat/main dalam tu.
Ni solely pendapat aku la. Lain orang, lain pandangan.

Ok.

Selamat.

No comments: