Sunday, December 27, 2015

REVIEW : Heritage Hotel, Ipoh.

Assalamualaikumwbt.

Straight to the point.
Sempena cuti-cuti Malaysia yang lepas, kami pilih untuk ke Ipoh. Atas 2 sebab.
Pertama, nak ke Lost World of Tambun.
Kedua, menghadiri majlis walimah kawan.

2 in 1.

Ok.
So pergi 3 hari 2 malam.
1 malam bermalam di Heritage Hotel, Ipoh ni.

So, datang-datang disambut dengan ini :



So, ni reception dia. Alhamdulillah, urusan untuk check-in mudah & cepat ja. 
Oh, btw tak perlu risau tentang parking juga, sebab hotel ni ada sediakan tempat parking yang mencukupi. Satu, betul-betul dekat dengan pintu masuk lobby, tapi open air la. Lagi satu pula, basement car park. So, ok la. Takda masalah untuk parking.

Kami purposely minta high floor. So kami diberi tingkat 9. Which is, good.


Dari tingkat 9. Bawah tu diorang tengah setup meja untuk event malam tu. cantik, sebab ada tempat ikan berenang-renang kat tengah tu. And, kalau perasan, kat each level ada pokok-pokok hijau. So suasana tenang.


Deluxe queen. Ok la. Cantik, spacious. Cuma, ada turn off sikit bila cadar tu tak berapa bersih. Ada stains. And, carpet pun tak berapa bersih. Kami boleh jumpa 2 biji fruity loops cereal kat situ. Ha ha.



Toilet pun ok, ada bath tub lagi. Aku book hotel ni dari Agoda. Masa book tu, harga dalam RM150+, tak ingat sangat. Tapi, untuk harga macam ni, dengan ada bath tub..kira ok sangat la dah. He he.


Pandangan sisi lain untuk toilet. Cantik & kemas.


Ok, ni view malam dari bilik. Untuk aku yang suka melayan jiwa ni..aku suka la view ni. Tak tahu orang lain. Siap, malam tu aku tolak katil rapat ke tingkap ni. Tutup lampu semua, and layan view. Memang tenang. Lagi-lagi time tu hujan sikit. So, memang rasa extra tenang jiwa raga. Gambar pemandangan siang, aku takda ambil pula. Tapi siang pun cantik. Nampak bukit bukau & gunung ganang. Untuk orang yang suka dengan alam semula jadi, mesti rasa peaceful ja.

Esoknya, breakfast di hotel. Food spread, ok la. Not bad. Tastewise pun ok. Takda komen sangat tentang tu. Cuma, kalau untuk orang yang agak cerewet (macam aku), aku perasan yang gelas untuk air tu tak berapa bersih. Masih nampak stainnya lagi. Juga, aku ada ambil sambal sotong masa tu. Tapi, sotong tu masih ada tulang lembut nya di dalam, tak dibuang & tentaclesnya pun tak dikemas rapi. Mungkin, terlepas pandang. Mungkin. Tapi, all in all..ok ja makanan kat sini.

And yes, ada room service menu juga. 24 hours. Aku takda pula try masa tu. Tapi, tengok-tengok menunya..ok la. Dan harganya pun harga standard room service menu punya. Taklah mahal sangat, kalau ikut standard dia. 

Masa aku datang, dalam bilik tu dia ada sediakan satu kertas to announce yang gym diorang baru dibuka. So, petang tu kami try. Ok la. Best juga. Sebab gym tu menghadap cermin kaca jernih. So nampak pemandangan luar yang hijau. 

Apapun, aku rasa kalau aku datang ke Ipoh lagi..aku akan repeat untuk ke hotel ni..sebab view dia. Isu-isu lain, aku harap time tu diorang dah perbaiki. Eheh.

Ok.

Selamat.



No comments: