Tuesday, December 01, 2015

Kenapa

Terima & baca satu berita.
Terfikir.

Situasi mereka sama dengan aku.
Tapi,kenapa mudah bagi mereka?
Kenapa tidak bagi aku?

Dan sekarang aku tak punya alasan.
Kerana mereka punya situasi yang sama dengan aku. Tapi, mereka dapat berita gembira itu.
Tidak aku.

Kenapa?
Apa salahku?
Apa kurangnya kami?

Mungkin kedengaran tidak bersyukur.
Atau mempersoalkan ketentuan Dia.

Bukan.
Bukan itu maksudku.
Tak pernah terlintas dari dalam hati ku.

Cuma,
Aku jua manusia,
Aku jua hamba yang sangat lemah.
Tetap ada rasa,
Tetap punya derita.

Ya Allah.
Ampuni aku dalam lemah.

2 comments:

.theweirdo. said...

kebelakangan ini kau macam sering bersedih. aku doakan semoga semua urusan kau dipermudahkan. jangan mengalah, dugaan buat kita kuat dan sabar.

orang yang diduga adalah hamba yang disayangi. Allah nak bagi kau markah banyakkkkkk sangat. i don't really know the real matter, but whatever it is, you are already stronger than you think. :)

peluk peluk dari jauh.

b i n t a n g said...

Isk. Genang air mata, dalam masa sama senyum baca komen ni. Terima kasih, dari jauh juga.
Walau kita tak kenal satu sama lain, tapi kenal di sini, terima kasih banyak atas sokongan. Iya, tengah bertahan & kuat. Memang sedar, ujian Dia tanda sayang. Tapi, kadang-kadang tu la. Manusia lemah. Kadang hati berkata-kata & tertanya juga. Terima kasih sekali lagi.


:)