Thursday, November 05, 2015

.Random-ness

1. Kenapa orang dulu-dulu cakap, jangan tunjuk pelangi, nanti jari kudung? Pernah dengar? Apa justifikasi di sebaliknya? Sebab, sebagai contoh..jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. Justifikasi : takut masakan hangus/hangit & tak sopan. Tapi, dalam kes pelangi, kenapa ya?

2. Terbaca, bangunlah bertahajud sekurang-kurangnya sekali seminggu dan rasakan perbezaannya. Jom? Shall we? Nak syurga sama-sama,kan?

3. Sekarang baru implementasi sistem thumb print. Sebelum ni punch card. Nak tahu what make it worse? Kena punch card, DAN thumb print. It's not either. It's both. And, to make it worst ever, 4x (pagi, lunch -in/out, & balik). Dan nak jalan ke tempat tu pun amik masa dalam 5 minit. Agak2 boleh kurus tak ? Hehe.

4. Satu per satu permasalahan terungkai. Alhamdulillah. Aku percaya, ini bukan sebab usaha aku, tapi lebih kepada rahmat & kasih sayang dariNya. Sebab aku, memang meminta dengan penuh pengharapan..tapi aku hanyalah seorang pendosa. Terima kasih, Allah.

5. Menjawab surat aduan. Yang sebenarnya, tiada kes. Maka, hanya menjawab secara general. Harap big boss tak reject. Hmmphh. Truth is, the other boss also disagreed on answering the complaint. But, what to do. An order from a big boss is an ORDER. By esok akan submit.

6. Banyak dah ke me-random-ness?

7. Oh, ada baca di blog kamu..yang akan menjalani operation untuk fibroid. Maka, semoga semua berjalan lancar & dipermudahkan semua. Yakin, Allah Lebih Tahu. In shaa Allah, terbaik untukmu.

8. Ibu, nak ke umrah bulan ni. Aku takut. Dengan macam2 tragedi kapal terbang sekarang. Tapi, ini cita-cita aku sejak mula bekerja. Memang aku simpan duit ketepikan siap-siap untuk ibu ke Mekah. Haji ibu dah pernah pergi. Tapi ibu teringin nak buat umrah, sebab mungkin suasana yang lebih santai berbanding haji. Cita-cita sejak aku mula kerja. Ini, untuk ibu. Sebab, entah berapa banyak dah ibu korbankan untuk besarkan aku lepas ayah tiada. Kalau aku nak balas, memang tak mampu. Maka, aku cuba sedaya untuk penuhi permintaan ibu.

9. Ok, nak habis.

10. Tapi nak cukupkan sampai nombor 10 sebab nampak cantik.
Ok, selamat.

3 comments:

.theweirdo. said...

no 7 itu untuk aku kah? kalau ya, terima kasih tauuu. jika tidak, aku doakan perkara yang sama untuk beliau. sesungguhnya sakit itu dugaan, tapi penuh dengan kenikmatan yang lain :)

b i n t a n g said...

Iya. Untuk kamu. Hari tu baca dari blog. Harap semua berjalan lancar. Ni dah kembali ok kah?

b i n t a n g said...

Iya. Untuk kamu. Hari tu baca dari blog. Harap semua berjalan lancar. Ni dah kembali ok kah?