Thursday, November 26, 2015

Late.

1) Cuti seminggu, balik kampung. Habis pokok-pokok bunga semua layu. Sedih bila tengok dah takda bunga. Ada airkan masa sepanjang tempoh tu, tapi tak cukup kot. Harap-harap, cepatlah dia berbunga semula. Baru dapat gembirakan hati.

2) Tak tahu sama ada aku ja yang rasa, siaran PU tu tak best. Hari tu g rumah makcik, dia buka siaran tu. Ntah, rasa tak suka. Bukan tak suka pengisiannya. Tapi lebih kepada cara menyampaikan. Bila tengok benda tu, terfikir..pendakwah-pendakwah sekarang ada ke menyampaikan dengan cara macam tu? Plus, tak suka cara penyampaian yang menjerit-jerit. Aku dari dulu memang pantang orang nak bagi nasihat tapi jerit-jerit. Memang, kita patut tengok apa yang disampaikan. Tapi bagi aku, cara penyampaian pun penting. Tu yang diakatakan hikmah.

3) Flight ibu delayed. TBA. Kesian ibu menanti & tertunggu-tunggu. Semoga apa yang terbaik untuk semua.

4) Atok patah tangan. Sekarang dengan cast. Maybe pathological fracture. Semoga apa yang terbaik juga untuknya. Sedikit kesal, sebab hari tu balik tak singgah. Yup, atuk bukan kat rumah atuk. Tapi kat rumah anak-anak. Tu yang tak jumpa.

5) Sedang fikir, nak pergi ke tidak nanti majlis U. Memang kalau sebolehnya, tak nak pergi. Tahu dah akan terima soalan-soalan yang menyakitkan hati, jiwa & raga. Lagi-lagi, mesti nanti dibanding-bandingkan. Tak suka & bakal menyakitkan hati. Tengah fikir. Benci rasa yang macam tu. Memang kalau boleh, taknak jumpa sesiapa.

6) Balik hari tu, dapat juga soalan cepu emas. Tapi alhamdulillah yang bertanya dalam keadaan yang tak menyakitkan hati. So, tak terasa sangat la. So jawab ja apa yang mampu & minta didoakan yang terbaik.

7) Aku doa,dipermudahkan urusan-urusan aku. Dipermudahkan urusan aku dengan manusia-manusia ni. Yang masuk keja kul 8 pagi, tapi keluar minum kopi sampai kul 9-10 pagi. Petang pula, sebelum kul 5, dah takda. Allahu...mohon dipermudahkan. Kau sahaja yang memegang hati-hati mereka.

8) Ni tak suka bila tertengok cerita melayu. Dah nama bosan kat rumah. Bila tengok, terikut perasaan. Pastu sedih sorang-sorang. Haih la.

9) Looking forward untuk next month & next year. Tak sabar. Harap dipermudahkan semua. Yeay.

10) Sayang kamu.

No comments: