Monday, October 19, 2015

Say, alhamdulillah.

1) Satu masa, lepas masak tengahari..sambung untuk lipat baju. Dia duduk di belakang, dan urut-urut bahu ucap terima kasih sebab masak.

2) Lepas masak, berpeluh banyak sebab panas. Maka rehat sebentar. Dalam diam, dia masuk bilik, bukakan air-cond, dan tutup pintu. Bagi bilik betul-betul sejuk. Dan, bagitahu..kan tadi panas. So, meh masuk dalam bilik, rehat dulu sejukkan badan.

3) Bila makan, selalu risau masakan tak sedap/menepati citarasa. Tapi, ada satu masa, dia bagitahu..ini yang dia suka, dan ucap terima kasih.

4) Lepas masak lauk, letak dalam mangkuk dulu untuk hidang. Dia tengok, dan senyum gembira. Kemudian cakap, nampak sedap. Bestnya. Dan kemudian tersenyum lebar.

5) Bila terlelap/tertidur, dia senyap-senyap tengok kita tidur, dan kemudian selimutkan.

6) Bila tak sihat/sakit kepala..cepat dia tawarkan diri untuk urut kepala. Walaupun dia tersengguk-sengguk mengantuk.

7) Layankan aja, walau kadang-kadang tiba-tiba menangis dan dia tak tahu hujung pangkal. Tapi, setia mendengar & teman.


Dan dia, anugerah terindah.
Alhamdulillah.

No comments: