Monday, September 28, 2015

Week-end Galore.

Quite a summed up of my long lost weekend.

1) Buat kerja agak gila, drive ke CH dalam jam 6+ petang. Pre-packed bekalan makanan, sebab nak jimat. Jammed agak teruk. No booking or what-so-ever. Sampai atas, dah dalam jam 11+ pm. Cari-cari surau untuk solat, the moment keluar dari kereta...wuhuuuu...the best air ever. Sejuk, dan berangin. Sejuk, tapi happy. Masuk-masuk dalam surau, air takda pulak. So, alhamdulillah ada air dalam kereta. Guna air tu untuk ambil wudhu'. Gigil-gigil, tapi enjoyed every bits of it.

2) Lepas dah solat, sambung drive ke atas lagi. Cari tempat yang terang. By that time, dah dalam 12mn. Sejuk. So, buat hal lagi. Keluar, masih banyak kedai-kedai tepi jalan buka. Cari selimut. Ha ha. Happy, again. See, I am easy to please.

3) Dah beli selimut, ronda-ronda lagi. Cari tempat yang nampak agak terang & selamat untuk tidur. Yes, degil tak nak book any hotel sebab mahal. Sebab kan festive season, semua harga melonjak naik. Yet, I want to be somewhere without  spending much. Boleh save around RM100+ bila tak book hotel. So akhirnya, jumpa satu port. Nampak terang, depan balai polis. Ha ha. So, kemas-kemas. Matikan enjin. Buka tingkap sikit. Tidur. Memang sejuk, best. Yes, happy lagi. Selubung dalam selimut. Bangun-bangun, tengok keliling, banyak ja kereta lain pun yang orang tidur dalam tu. Bangun-bangun, keliling kereta berkabus. Huu, sejuk. Best. Hehe. Ntah berapa kali la sebut best & happy ye?

4) So, terjaga dalam 5+ am, nak kena cari tempat untuk bersihkan diri, gosok gigi, lap-lap badan, tukar baju & solat. Sebab tempat yang solat malam tadi tu jauh ke bawah. So tak nak drive ke bawah, sebab nak drive ke atas lagi. So, alhamdulillah. Senang nak cari masa tu sebab dengar masjid tengah takbir. So berpandukan suara takbir. Hehe. Jumpa satu masjid. Rasa best betul masjid ni. Sebab memang ada sediakan bilik mandi. Then, ada siap mesin basuh. Memahami betul. Then, of course boleh refill air juga. Dah save banyak tu kat situ.

5) Siap-siap mandi, solat. Air yang sangat sejuk, tapi segar. Best. So cari tempat untuk sarapan pula. Mengidam nak try scones. Tapi most of kedai tutup lagi, sebab masa tu awal jam 7 pagi. So, end up kat kedai biasa. Makan nasi lemak. Alhamdulillah.

6) Habiskan masa siang tu jalan-jalan. Rasa macam kereta tu dah macam rumah kedua. Hehe. Cari la apa je, semua ada dalam kereta tu. Complete. So, end up jam 6+ pm, bertolak balik. Tapi jammed jauh juga nak turun tu, sebab ada tanah runtuh. Penat drive la. Dah siap solat semua. Turun, drive & singgah R&R untuk solat maghrib-isyak dan makan. By that time, lapar. Tapi takda mood sangat nak makan dah. Sebab badan dah penat & ngantuk. Sambung perjalanan, alhamdulillah homesweethome jam 11+. Kemas-kemas dan tidur.

7) Kesimpulan, badan penat. Tapi sangat happy. Iya, perlukan seperti ini untuk recharge badan, recharge minda & emosi. Happy.

8) End.

No comments: