Monday, September 07, 2015

Rindu

Apa ni.
Setiap malam,
Peluk erat baju ni.
Menangis,
Dan terus menangis.

Aku tak salahkan sesiapa.
Aku tahu percaturan Dia tak pernah silap.
Aku tahu Dia tak pernah abaikan hambaNya.

Cuma aku harap,
Cuma aku do'a.
Dia pimpin aku,
Dia tak biarkan aku tadbir diri aku, walau sedetik.
Tolong.

Beri aku kekuatan.
Beri aku jalan.
Tunjuk padaku harapan.
Dan,
Jangan pernah tinggal aku untuk mengatur hidup ini.

Aku yakin,
Dia punya alasan tersendiri.
Dan,
Setiap yang berlaku..setiap hela nafas sesakkan dada ini..setiap titisan air mata ini..
Ada hadiahnya, suatu hari nanti.

Pesan dari dia,
Jangan pernah berhenti sangka baik dengan Dia.

Ya, Dia berada pada sangkaan hambaNya.

Ampuni aku, yang terkadang tersasar.
Yang terkadang merungut,
Yang kadangkala tidak bersyukur.

Moga,
Semua ini ada pengakhiran yang baik.
Untuk kita.

Amin.

No comments: