Thursday, September 17, 2015

Mellow

Kenapa dengan hati ni. Dah beberapa hari, asyik teringat cerita lama. Dah beberapa hari, asyik terbayang & ter-ulang tayang kisah lama.
Yang perit,
Dan sakit.


Kenapa?
Sampai tadi nak ambik afternoon nap pun terganggu..bila satu persatu memori itu berpapasan menyapa. Kenapa?


Kenapa sekarang?
Hmm..
Jangan, sampai bila-bila. Sebab aku dah tanam, dalam lapisan tanah paling dalam. Tak mahu ungkit,  tak mahu ingat, tak mahu kecewa.


Sekarang aplikasi FB dah ada yang kita boleh throwback, apa yang jadi..pada tarikh yang sama, pada tahun-tahun yang berlalu, kan?
Aku turn off notification.
Simply sebab, kalau boleh aku mahu lupakan jalan perit itu. Sebab, aku taknak bangun pagi-pagi, buka FB (kantoi), scroll dan tengok memori aku yang lepas.
Sedangkan, mungkin pada waktu dan ketika aku bangun pagi tu, aku dalam keadaan gembira, ceria & bersemangat..tapi disebabkan throwback tu, terus emosi boleh turn to gloomy, stress, sad, depressed. Yeah, I feel it.


So yes. Aku turn off. Aku mahu terus melangkah, tak mahu toleh ke belakang. Iya, apa yang berlaku pada masa silam itu, yang membentuk apa adanya aku pada masa sekarang. Tapi, aku tetap tak mahu menoleh. At least, buat masa terdekat ni. Denial much, may be I am.
Sebab once aku engaged semula nanti dengan kisah silam tu, susah..payah..untuk aku merangkak keluar mencari sinar. Usahkan kata nak berlari menjauh, merangkak setapak pun belum pasti ku mampu.
Jadi, better be worry than sorry, later on.


Mungkin nanti, sampai satu ketika aku dah tak punya apa rasa, mungkin saat itu..andai kisah itu ditayangkan kembali di hadapanku, aku hanya senyum & tertawa tanpa punya rasa. Mungkin saat itu, rasa itu telah mati & pergi. Tapi yang pasti, bukan sekarang. Aku masih belum sedia. Dan aku takut, jika aku kembali ke zaman itu.
Cukup sekali.







Moderate depression with dissociative fugue

No comments: