Monday, August 10, 2015

Serabut.

Pulang dari 'cuti' yang panjang. Seminggu.
Bukan cuti sebenarnya, tapi ke konferens. Tapi, anything away from workplace, I will consider cuti :)

Tiada terjangka, TOH tak sihat, dan terus ambil flight ke tempat konferens saya. Maka, habis konferens, terus bergegas untuk mengambil dia di airport. Alhamdulillah, Dia pertemukan kami, kembali.

Maka, sehari selepas itu, saya mengambil emergency leave, untuk meluang lebih masa dengan dia, dan tambahan dalam keadaan dia tidak begitu sihat.

Alhamdulillah, banyak perkara..yang tidak terancang, secara mengejut...dilakukan. Tapi, bahagia & gembira.


                                                                           Alhamdulillah.


Other than that, kehidupan seperti biasa. Ada satu kisah, tentang kakak. Dan, kalau boleh tidak mahu menulis, tidak mahu mengingat. Iya, kisah sedih, kisah duka.
Abaikan, dahulu.


Kursus lagi empat hari, mana nak cari?
Nak pergi, semua dana tiada. Pelrlu duit sendiri.. Kalau setakat 20, 30..boleh la. Tapi ini, 200, 300..up to 800...nak kami support diri sendiri?
Takpelah, terima kasih.
Masalahnya, duit tu ke mana?

Hidup, masih mengatur langkah yang pincang. Masih. Sementara menanti tongkat menongkah aruh, dan dahan berteduh. Masih, dalam istikharah. Mohon dipermudahkan.


Raya?
Mengambil langkah menjaga hati sendiri dahulu. Mengambil langkah mengelak, dan menjauhi. Untuk menjaga hati, dari kembali tersakiti dan terluka.

Kadang, kita fikir orang.. itu ini...tapi, orang semudah & sesenang melontar kata. Seperti, dunia dia yang punya.

Entah.
Istikharah.
Mohon dipermudah.

No comments: