Sunday, August 02, 2015

Janji.

Mula-mula cakap hingga 5. Sedar-sedar, hingga ke 6.
Macam mana tu?

Tak terfikir ke, orang lain ada janji lain, ada perancangan lain. Bukan nak menghadap mereka sahaja?
Tapi senyap, pendam dalam hati. Masuk van, senyap. Sampai, turun dan balik. Malas nak cakap, malas nak marah. Penat.

Ya, penat.
Sangat. Sekarang tangan ni pun dah lenguh2 ni. Dan, didatangi migraine kembali. Huu...
Nak tunggu Isyak cepat, then makan dadah, kemudian lelap.

Tak larat.
Sungguh.

Lagi tambah stress & migrain, bila memikirkan esok. Baru packing ala kadar. Tak ada semangat, tak ada jiwa. Esok pm off, then tolak ke tempat conference. Sangat tak ada mood, tak ada rasa.. Malas,, penat, sakit hati & jiwa.

Dan memikirkan yang esok perlu drive untuk 4-5 jam, lagi tambah hilang mood. hilang rasa, hilang upaya, hilang daya, hilang kuasa. Semua la hilang.

Masih berkira-kira untuk mesej Uda, untuk tumpang rumah. Sebab tak pasti lagi. Yang pasti, aku perlukan tempat perlindungan untuk satu malam nanti. Ha ha.

Lambatnya nak Isyak. Mata dah tak larat ni. Bukan sebab mata mengantuk, tapi sebab mata rasa sakit & berat. Nak gerakkan mata & buka mata pun rasa perit & sakit. Huuu...

Lagi, doa semoga dia cepat sembuh dari sakit. macam-macam, dan dah beberapa hari MC. Semoga cepat sembuh & kembali ceria seperti dahulu kala.

Lagi..teringin churros Auntie's Anne. Nak lagi nak lagi. Kenapa la dia takda buat drive thru. Kalau ada kan senang, cepat & mudah. He he. Ni nak kena g mall, cari parking yang akan berpusing-pusing lebih 10x, hanya untuk beli. Cari parking lagi lama daribeli.pastu kena bayar duit parking lagi. Haha. Kedekut, & pemalas.

Ok la. Berhenti secara tiba-tiba, gara-gara kepala yang makin teruk.

Toodles.


No comments: