Saturday, August 01, 2015

Baru.

Iya, dah revert semua post-post lama ke draft. Mungkin lebih baik begitu, untuk terus melangkah.

Kan, permulaan itu selalunya pahit & perit.
Dan, jangka masa 'permulaan' itu sendiri..tiada yang mendefinisi.


Sebab itu, aku yang sudah setahun di sini, masih sakit, pahit & perit.
Adakah aku masih di permulaan?

Entah.


Daerah asing, tempat terasing.
Dulu, zaman muda remaja..pernah terdetik mahu ke sini. Namun,bukan untuk bermukim. Cukup sekadar menziarah sahabat.
Tapi itulah.

Kita berdoa, dengan pelbagai doa. Semua, Dia kabulkan. Cuma terkadang kita buta menilai, yang mana satu. Sedang kadang kala, Dia memberi dengan lebih baik dari apa yang kita doakan. Atau, Dia memberi, bukan dalam bentuk yang kita mahukan..tapi natijahnya tetap sama.


Aku cuma berharap, Dia pimpin aku. Jangan bagi aku jatuh & tersasar.
Kerana, apa yang aku rasa di sini sekarang, semuanya pahit & perit semata.

No comments: