Thursday, August 13, 2015

Bahagia

Dulu,
Aku ingat bahagia bila rumah batu,
Ada aircond,
Tak panas.

Ada kereta,
Gerak sana sini,
Tak kena hujan.

Aku ingat,
Jauh dari keluarga itu bahagia,
Maka aku bebas mengatur hidup,
Mencatur langkah.

Aku ingat,
Bahagia itu pada makanan di restoran mahal-mahal,
Pada makanan sedap-sedap.

----------------------------------------------------------------

Namun sekarang ku sedar,
Rumah ibu ayah juga,
Tempat paling bahagia.

Naik kereta dengan ibu juga,
Yang paling gembira,
Walau aircond sudah tidak berfungsi.

Dan,
Aku sedar,
Bahagia bila dapat meluang masa dengan keluarga,
Bukan tinggal sendirian.
Meski aku pemendam rasa,
Walau dengan keluarga.
Tapi, kehadiran mereka di sekelilingku..
Cukup untuk me-nyah resah di jiwa.

Sudah aku rasai pelbagai makanan,
Sudah aku jejaki restoran dan hotel mahal.
Namun,
Tiada yang dapat menandingi masakan ibu,
Masakan ayah,
Yang dihidang dan kami makan bersama di rumah kami.


Sekarang,
Aku cuma berharap,
Tuhan Yang Maha Adil..
Jagakan ibuku,
Jagakan keluargaku.
Aku tahu,
Tuhan sentiasa jagakan mereka.

Dan aku,
Jauh....
Terasing di bumi ini.
Bumi yang padanya maaih belum ada cinta terbit dari hati.
Mungkin,
Sampai bila-bila begini.

Aku rindu,
Kamu semua.
Bahagia.

No comments: